Tuesday, February 11, 2014

Tahun Baru 2014?

Assalamualaikum..syukur Alhamdulillah setelah hampir dua tahun tak menghidupkan blog ni, ni gara-gara tak ingat emel dengan pasword sekali. Ya Ampun..punya lama akhirnya jumpa, itu pun dalam emel lama. Itu lah buat emel banyak sangat lepas tu tak ingat, hempukkan dahi ke dinding.
      Alhamdulillah nasib menyebelahi aku ingat jugak pasword nya. Tergelak empat hari tiga malam bila baca balik post-post lama kat blog. Gila tak kelakar ayat masa jaman bodoh-bodoh lagi  hehehe.

     Aku terpaksa delete post lama, agak kasar post lama aku hehehe. Sekarang masa untuk insafi diri. Sebelum tu aku minta maaf banyak-banyak bagi siapa yang pernah baca post lama aku tu..banyak jugak la luahan perasaan aku dalam blog lama. Serius kelakar bila baca balik. Dan, aku juga banyak delete benda lain termasuk gambar yang tak sepatutnya. Jangan marah ye uols! Moga tahun 2014 ni kita belajar perbaiki diri ke arah kebaikan. Amin..

Thursday, April 5, 2012

Laptop Baru Sticker Baru

Assalamualaikum

 Worrrrr...benda ni dah lama aku nak cerita tak lepas-lepas, asyik lupa je. Nasib ingat sebab abang pereka sticker ni sms petang tadi.
sticker ni orang panggil sticker bomb, aku selalu nampak orang tampal kat kereta, motor dan basikal atau fixie, nampak menarik. Haa yang aku ni tampal kat laptop je, tu je harta yang aku ada wuwuwuwuu...
Terima kasih kepada abang Yusof sebab buatkan sticker yang lawa. Kepada sesiapa yang berkenan tu stalk-stalk lah blog abang Yusof ni ye hehe :)

p/s: Semoga tuan yang buat sticker ni cepat sembuh =)

Aktiviti aku

Assalamualaikum
  Sejak ni aku asyik nak post je hasil gambar aku shoot. Sebelum ni aku bukan main malas lagi main camera, sekarang ni entah sejak bila timbul kerajinan maybe takde kerja nak buat sejak cuti semester ni hehe.


'Bila kau bersama orang lain, kau lupakan aku. Bila kau dalam kesusahan kau ingat aku dan mahu aku berada disisi kau'

Thursday, March 22, 2012

Kawan Baik :)

Assalamualaikum wahai sahabat, lama jugak tak hapdet blog ni semenjak ada twitter ni, last hapdet blog bulan januari. Hihihi.

Tajuk entri ni Kawan Baik, kawan baik lelaki sahaja k, asyik perempuan je kan. Nama kawan aku Mohd Nor Syafiq. Dia boleh kata dalam golongan OKU (Orang Kelainan Upaya, Pendengaran). Ok actually ada benda yang aku patut berterus terang kat pembaca yang aku sebenarnya  OKU sama dengan dia juga, tapi tak kronik macam dia. Masih boleh mendengar dan berkata-kata.Insaf bila ada orang lagi teruk pada kita :(
aku dengan Syafiq :)


 Kawan baik ialah :
-Kawan yang sentiasa ada, dimana ada dia disitu ada aku. Dimana ada aku disitu ada dia. Hanya kat kolej :)
-Kawan yang sedia mendengar yang kita alami, walaupun dia tak dengar apa aku cakap. Tapi dia memahami.
-Kawan yang pandai menyimpan rahsia, banyak rahsia aku k
-Kawan yang suka mengutuk aku, even dia suka mengejek aku blablablablaaa
dan bersambung.. terlalu panjang aku nak menaip takut panjang2 kang orang mual nak baca, kang tak pepasal pembaca muntah macam2 warna kat blog aku ni.


p/s : nak berkawan biarlah dr hati yang ikhlas. Jujur, menerima dan memahami lah kekurangan seseorang. Blablablablaaa kbai :)

Tuesday, January 10, 2012

Happy Birthday Hero.. Ayah :'(

Assalamualaikum..

    Harini 6 Januari 2012 hari jadi Ayah.. Aku nyaris terlupa wish birthday..
Aku tak bagi apa-apa, wooooo..kalau lah aku berkerja aku dah bagi hadiah kat Ayah, ni yang aku mula tak sabar bila aku boleh berkerja macam orang lain. Nak balas jasa Mak dan Ayah, dan nak belanja semua orang yang pernah belanja aku dari dulu sampai sekarang. Taknak kedekut. Tapi nak juga simpan duit untuk diri sendiri, kang aku nak kahwin takde duit!! #TetibaKeluarPasalKahwin. Itu yang penting, haha.

    Buat Ayah yang tercinta handsome dan manis, anak Ayah sayangkan Ayah. Ayah yang menanggung anak-anak Ayah sampai sekarang. Tapi anak Ayah yang sedang menulis ni je belum menjadi seorang yang berjaya (belum graduate, belum kerja, dan belum kahwin) hahahaa.. Terimakasih Ayah yang telah menyara kami semua. Semoga Ayah jaga pantang dan kesihatan. Moga Ayah sihat selalu, dan Dilindungi Allah. Semoga Ayah dijauhkan dari perkara buruk.
Siapa berani dekat meh sini ada kayu ni haaa meh! 
(Gambar ni Ayah tengah kacau bubur asyura)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
benda ni sepatutnya dah post dari haritu, tapi tak post. Ni baru nak post.
Okay habis.



p/s: semoga Ayah bebas dari kes. Ya Allah peliharalah Ayah dan sekeluarga :'(

Wednesday, January 4, 2012

Siapa Hazel?

As Salam.. ehemm..update lagi. Kalau rajin baca, kalau malas tengok je takpayah baca.
   Ehemm, lupa cakap Hazel tu apa, siapa, dan mengapa Hazel? Hmm, Hazel tu nama hp aku Sony Ericson J20i haa. Dah lama berkhidmat tahu tak, banyak memori dalam tu. Kerja aku semua ada. Hilang semua tiada la masa depan aku, haha. Nak tahu cemana hilang pastu jumpa balik? Fuhh...

      Bismillah... Hmm.................dalam on the way perjalanan balik KL dari Jerteh, Terengganu. Dalam kereta Persona..ada empat orang..Ayah aku drive, mak tidur. Adik makan, dan aku tit tot tit tot dgn handphone buruk satu lagi tu..bukan Hazel. Dan ayah pun masuk simpang masuk satu masjid yang aku tak pasti nama masjid tu, Masjid al-Ahmadiah, Sauk Kuala Kangsar, Perak kalau tak silap. Aku terasa perut nak memulas, laju je keluar cari toilet. Masuk je toilet aku letak Hazel ni atas flush jamban, selesai je hajat terus tak ingat apa-apa. Pergi ambil wudhu dan sembahyang dan masuk kereta. Maka tertinggal Hazel aku kat atas flush jamban tu. Dah sampai jauh kat Tasik Raban baru aku sibuk cari Hazel. Waaa menangis tak berlagu. Sedih dalam kereta, monyok sampai rumah pun monyok lagi. Mencarut bagai. Fuh dugaan.
rasa nak menangis macam ni tahu tak? Alhamdulillah, akhirnya Hazel kembali ke pangkuan tuan dia :)
Ada lah ceritanya :)

Alhamdulillah..my Hazel :)

Assalamualaikum..sementara pukul 3 pepagi buta ni, daripada tak tidur baik aku story sikit pasal my Hazel ni..Sedih teramat sangat bila Hazel ni takde dengan aku :( Susah senang sentiasa ada je dengan aku. Walaupun aku ke jamban pun bawa jugak. Now dia dah takde. Menangis tak berlagu ohhh patah seribuuuu haaaaaatikuu....Tapi syukur alhamdulillah, tak ku sangka tak ku duga, my Hazel akhirnya kembali kat aku wooo...berDanggut aku kat bilik! Jangan pandang sebelah mata tau, aku reti tau bergelek ni, hahaa..

haaa ni dia woi, kakak yang jumpa Hazel ni pos kat aku beb, happy sangat, baik sungguh kakak tu :( Bersyukur sangat Hazel aku bertemu dengan orang yang baik hati ni, aku just mampu ucapkan ribuan terimakasih kat dia, Semoga Allah balas jasanya, semoga dia sihat dan dalam peliharaan Allah senantiasa :)